Sunday, 29 April 2012
cuti cuti cuti pon boring maaa. bila mau haouting sama saya maaaa :)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye. buat gempak sket noh. yo ! yo ! what's up babe? kihkihkih. rindu aku? pedulik ! nak kongsi setory sama hampa bole kot noh? setory di hari cuti nih lah. CUTI ?? haha. cuti macam tak cuti ja. boring sangat sangat okay. dah la dok umah ja taktau nak buat apa. kuar pon tak apa pon tak. nasib baik lah ada anak menakan kat umah nih kannn. Dhia Imanina bole jugak main2 ngn maksu kan. hehe. nak kuar pi jalan jalan sapa pon takmau bawa. hmm. tapi takpa lah. aku okay jep ! tu ja nak cakap. bubye. assalamualaikum :)
Sunday, 15 April 2012
Gelisah :|
Mata tak terpejam, hati pula mula gelisah. entah apa la yang aku sedang fikirkan sekarang. kenapa sampai macam ni sekali aku mengharap? Ya Allah, Berikanlah aku cahaya petunjukMu. Jauhi lah aku dari segala mara bahaya yang tak diingini. kalau itu yang terbaik Kau teruskanlah untuk aku. kalau itu bukan yg terbaik. jauhi lah dari aku. aku mohon perlindungan dariMu ya Allah. tak penah aku terfikir sampai tahap macam nih. hmm. entah lah. aku pun tak faham apa yang sedang aku alami sekarang. permudahkan segala urusan ku ya Allah. amin amin ya rabbal alamin. :(
Saturday, 14 April 2012
Sebab Nabi Muhammad Cintakan Aisyah
Ramai berpendapat Nabi Muhammad mencintai Aisyah kerana kecantikan luarannya sahaja. Namun pendapat ini tidak benar. Isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain seperti Zainab, Juwairiah dan Shafiyah juga tidak kurang cantiknya. Sebenarnya kisah kecantikan isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain banyak diceritakan dalam hadis serta sejarah. Kecantikan Aisyah kurang disebut berbanding kecantikan isteri yang lain.
Salah satu kisah berkenaan Aisyah adalah dalam kenyataan Umar kepada Hafshah di atas. Jika dikaji dengan mendalam, kenyataan ini memberitahu Hafshah berkenaan tempat istimewa Aisyah dalam hati Nabi Muhammad. Tempat Aisyah dalam hati beliau tidak dapat dicapai oleh isteri-isteri lain termasuk Hafshah.
Hadis yang disampaikan oleh AIsyah dan Abu Hurairah ini menerangkan sebab Aisyah begitu dicintai Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pernah berkata, "Perempuan dikahwini kerana empat perkara, kekayaan, keturunan yang baik, kecantikan dan agamanya. Pilihlah perempuan yang baik, kecantikan dan agamanya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya, pasti kamu akan beruntung." Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Abu Dawud.
Berdasarkan hadis itu, isteri yang paling Nabi Muhammad cintai adalah isteri yang dapat memberi kebaikan kepada agama dan dakwah Islam.
Aisyah sungguh istimewa berbanding isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang agama seperti Quran, tafsir, hadis dan fikah. Tafsir ialah menyelami maksud yang disebut di dalam Quran manakala fikah ialah ilmu berkenaan hukum dalam Islam. Beliau mampu melakukan tafsiran dengan begitu mengagumkan, memahami masalah agama dengan mendalam dan mampu merumuskan hukum bagi situasi baru.
Ciri-ciri yang ada dalam diri Aisyah membuatkan Nabi Muhammad lebih mencintainya daripada isteri-isteri yang lain. Ibnu Hazm menulis, Nabi Muhammad mengutamakan semua para isterinya daripada seluruh para sahabat. Ini bermaksud hanya para malaikat dan para nabi sahaja yang mengatasi keutamaan para isteri beliau.
Anas bin Malik menceritakan, kekasih Allah pernah ditanya, "Siapakah orang yang paling tuan cintai?" Beliau menjawab, "Aisyah." Beliau ditanya lagi, "Yang lelakinya?" Beliau menjawab, "Bapanya."
Ayat 3 hingga 4 dalam surah an-Najm ada menyebut, "Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Quran ataupun hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."
Ayat di atas menegaskan yang cinta Nabi Muhammad pada Aisyah adalah wahyu Allah, bukan atas dasar nafsu semata. Orang yang menidakkan perkara ini bererti tidak mempercayai kata-kata Allah.
Jelas kini kedudukan Aisyah lebih utama daripada seluruh manusia di dunia ini termasuk Abu Bakar, Umar al-Khatab, Ali bin Abu Talib dan Fatimah binti Muhammad. Cinta Nabi Muhammad kepada Aisyah mengatasi rasa cinta kepada semua manusia.
Saturday, 7 April 2012
Terlupa password pulak. BANYAK HAL !!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye. Lama kan tak update blog ( mesti ada ayat ni setiap kali update, trademark pa.huhu ). Lama tak usya blog nih. Rindu haih. Bukan tamau dah usya blog nih. tapi memang takdan nak usya. buat teruk la kan. padahal tak busy mana pon. bukan apa. kalau on pon blog nih nak buat pa kan? lain la kalau kita ni trlalu banyak idea nak update kan. hehe. dah tu satu hal. ni mai hal lagi satu pulok ! password lupa plak. haishhh. macam mana yg bole pi lupa tatau lah. dah nampak dah kat situ yg kita ni lama dah tak update blog. hahah ! so so so so so so so TERUK. hampa byk idea. mai hulur skit kat kami nih. bole update sllu. =D kannnn. sudah sudah sudah. cukup sampai disini sahaja aku mbebel. okeyh. Bye, Assalamualaikum.