Saturday 21 July 2012

Ramadhan datang lagi. Syukur.

Assalamualaikum sahabat sahabatku. untuk hupdate kali nih aku nak sentuh pasal Ramadhan pulak lah boleh? blog aku suka hati aku lah kan. firstly, aku bersyukur sangat sbb masih diberi peluang untuk menyambut ramadhan yg penuh makna bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. suka sangat dapat pi tarawih ngan ibuuuu. ermmm :)) tapi dok buat 8 rakaat ja. teringin sebenarnya nak buat 20. setahun sekali ja ada ramadhan niey. why not kan pulun nak dapat pahala. bekalan semua tu nanti kat sana. tahun lepas main2 ja tarawih. sat pi, sat takpi. main2 kan. tak matang lagi. haha ! ops! terasa matang lah sangat kan. nanti nak buat jugak 20 rakaat.  mesti! ramadhan tahun ni tanpa nenek tersayang Hjh Mariam. kalau tidak pi ja umah dia mesti akan jerit 'TIWANNNN' ( nickname for 'WAN' ). seriously really2 miss wannn. hmm. tapi nak buat camna. dia dah aman kat sana. aku berharap ramadhan kali ni dapat la memberi banyak makna untuk aku & family aku. tak sabar raya lah pulokkk. kutip duit raya tu penting okay. no alasan. SELAMAT BERPUASA BUAT UMAT ISLAM YG MENGENALI DIRI AKU ( SITI AISHAH NADZRI ). AMPUN MAAF DIPINTA SEANDAINYA ADA SALAH SILAPKU, TERKASAR BAHASA, TERMUNGKIR JANJI KAT HAMPA2 NAH. semoga amalan kita semua diterima olehNya. Aminnn. Assalamualaikum :))

Sunday 29 April 2012

cuti cuti cuti pon boring maaa. bila mau haouting sama saya maaaa :)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye. buat gempak sket noh. yo ! yo ! what's up babe? kihkihkih. rindu aku? pedulik ! nak kongsi setory sama hampa bole kot noh? setory di hari cuti nih lah. CUTI ?? haha. cuti macam tak cuti ja. boring sangat sangat okay. dah la dok umah ja taktau nak buat apa. kuar pon tak apa pon tak. nasib baik lah ada anak menakan kat umah nih kannn. Dhia Imanina bole jugak main2 ngn maksu kan. hehe. nak kuar pi jalan jalan sapa pon takmau bawa. hmm. tapi takpa lah. aku okay jep ! tu ja nak cakap. bubye. assalamualaikum :)

Sunday 15 April 2012

Gelisah :|

Mata tak terpejam, hati pula mula gelisah. entah apa la yang aku sedang fikirkan sekarang. kenapa sampai macam ni sekali aku mengharap? Ya Allah, Berikanlah aku cahaya petunjukMu. Jauhi lah aku dari segala mara bahaya yang tak diingini. kalau itu yang terbaik Kau teruskanlah untuk aku. kalau itu bukan yg terbaik. jauhi lah dari aku. aku mohon perlindungan dariMu ya Allah. tak penah aku terfikir sampai tahap macam nih. hmm. entah lah. aku pun tak faham apa yang sedang aku alami sekarang. permudahkan segala urusan ku ya Allah. amin amin ya rabbal alamin. :(

Saturday 14 April 2012

Sebab Nabi Muhammad Cintakan Aisyah


Ramai berpendapat Nabi Muhammad mencintai Aisyah kerana kecantikan luarannya sahaja. Namun pendapat ini tidak benar. Isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain seperti Zainab, Juwairiah dan Shafiyah juga tidak kurang cantiknya. Sebenarnya kisah kecantikan isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain banyak diceritakan dalam hadis serta sejarah. Kecantikan Aisyah kurang disebut berbanding kecantikan isteri yang lain.

Salah satu kisah berkenaan Aisyah adalah dalam kenyataan Umar kepada Hafshah di atas. Jika dikaji dengan mendalam, kenyataan ini memberitahu Hafshah berkenaan tempat istimewa Aisyah dalam hati Nabi Muhammad. Tempat Aisyah dalam hati beliau tidak dapat dicapai oleh isteri-isteri lain termasuk Hafshah.
Hadis yang disampaikan oleh AIsyah dan Abu Hurairah ini menerangkan sebab Aisyah begitu dicintai Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pernah berkata, "Perempuan dikahwini kerana empat perkara, kekayaan, keturunan yang baik, kecantikan dan agamanya. Pilihlah perempuan yang baik, kecantikan dan agamanya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya, pasti kamu akan beruntung." Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Abu Dawud.
Berdasarkan hadis itu, isteri yang paling Nabi Muhammad cintai adalah isteri yang dapat memberi kebaikan kepada agama dan dakwah Islam.
Aisyah sungguh istimewa berbanding isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang agama seperti Quran, tafsir, hadis dan fikah. Tafsir ialah menyelami maksud yang disebut di dalam Quran manakala fikah ialah ilmu berkenaan hukum dalam Islam. Beliau mampu melakukan tafsiran dengan begitu mengagumkan, memahami masalah agama dengan mendalam dan mampu merumuskan hukum bagi situasi baru.
Ciri-ciri yang ada dalam diri Aisyah membuatkan Nabi Muhammad lebih mencintainya daripada isteri-isteri yang lain. Ibnu Hazm menulis, Nabi Muhammad mengutamakan semua para isterinya daripada seluruh para sahabat. Ini bermaksud hanya para malaikat dan para nabi sahaja yang mengatasi keutamaan para isteri beliau.
Anas bin Malik menceritakan, kekasih Allah pernah ditanya, "Siapakah orang yang paling tuan cintai?" Beliau menjawab, "Aisyah." Beliau ditanya lagi, "Yang lelakinya?" Beliau menjawab, "Bapanya."
Ayat 3 hingga 4 dalam surah an-Najm ada menyebut, "Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Quran ataupun hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."
Ayat di atas menegaskan yang cinta Nabi Muhammad pada Aisyah adalah wahyu Allah, bukan atas dasar nafsu semata. Orang yang menidakkan perkara ini bererti tidak mempercayai kata-kata Allah.
Jelas kini kedudukan Aisyah lebih utama daripada seluruh manusia di dunia ini termasuk Abu Bakar, Umar al-Khatab, Ali bin Abu Talib dan Fatimah binti Muhammad. Cinta Nabi Muhammad kepada Aisyah mengatasi rasa cinta kepada semua manusia.

Saturday 7 April 2012

Terlupa password pulak. BANYAK HAL !!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye. Lama kan tak update blog ( mesti ada ayat ni setiap kali update, trademark pa.huhu ). Lama tak usya blog nih. Rindu haih. Bukan tamau dah usya blog nih. tapi memang takdan nak usya. buat teruk la kan. padahal tak busy mana pon. bukan apa. kalau on pon blog nih nak buat pa kan? lain la kalau kita ni trlalu banyak idea nak update kan. hehe. dah tu satu hal. ni mai hal lagi satu pulok ! password lupa plak. haishhh. macam mana yg bole pi lupa tatau lah. dah nampak dah kat situ yg kita ni lama dah tak update blog. hahah ! so so so so so so so TERUK. hampa byk idea. mai hulur skit kat kami nih. bole update sllu. =D kannnn. sudah sudah sudah. cukup sampai disini sahaja aku mbebel. okeyh. Bye, Assalamualaikum.

Sunday 11 March 2012

Have no idea. Terrrrrr :)

Assalamualaikum. Hello friends. Lamanya rasa tak update blog ni kan. Bukan tak usya blog ni. Selalu dok usya tapi idea tak mnjelma nak update. " NO IDEA". Any suggestion? huhu. Sekarang ni dok umah taktau nak buat apa la pulak kan. Dah cuti seminggu. Bila tak cuti tak laqat la nak pi kelas. Nu lah ni lah. Macam2 ja alasan ni. Bila dah cuti nih dok umah jadi taktau nak buat apa pulak. Sgt2 mmbosankan diri ni. Hari ni usya blog tersa nak update tapi still have no idea. Bila la nak keluar pi habiskan voucher buku nih. haishh. Semua keja. Tinggal lah aku sorang2 kat umah macam tunggul ni. Taktau nak buat apa dah. Ibu pesan bangun awal basuh kain. Dah buat pon ibu oii. Sekarang ni nganga la depan lappy mncari idea2 yang mnghilangkan boring aku ni. Bla Bla Bla. sekarang aku takmau dok meqapu lagi. nak click PUBLISH POST then hampa baca la post aku yang ntah apa2 nih. Dah macam orang gila dah ni tau dak. GoodBye Sayangs :) Take a good care. Wasalam.

Sunday 5 February 2012

Belog Bersawang Weiii, Teruk :|

Assalamualaikum warga belog2 semuaa. sihat ka hampa weiii. bersawang teruk la belog aku niiiii. lama tak mai jenguk. bukan takdan ka apa ka kannn. tapi idea takda nak update ponnnn. haishhhhh. takpa la, janji hari ni aku mai singgah sat nak update jugakkk. sebab apa hampa tau dak. sebab hari ni aku mengadap belog kawan aku ja. edit la sikit2 takat yang aku mampu. aku tak macam sifu2 yang hebat2. masih belajar sikit2. insyaAllah. haa. taktau nak cakap apa dah la ni. tu la malaih nak update sebab ni ar. taktau nak cakap topik apa. kalau ada hot2 setory baru syiokkk hampa nak baca pon kannn. betoi dak? kikikikikikiki. minggu ni minggu terakhir aku kat umah. minggu depan nak berangkat balik perlis dah. besala. nama pun setudent kann. kena lah tinggai mak bapak sat. ingat nak keja mula2 cuti hari tuh tapiii malaih sungguh la nak pi keja. stay kat umah ja lah. bangun pagi pon sempoi ja. matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun. haha. aku taktau nak cakap pa dah ni. aku setop sampai sini dulu ar nohh. nanti aku ada idea lain aku update lain. da setory hot2 aku mai buang masa kat sini noh. hehe. bubye all. Salam :)